Unlimited creation

Unlimited creation
Me And My Cousin

I became alien wahahahaha

I became alien wahahahaha

Goshen On Doom

Goshen On Doom

Kumpulan Worm Di Utara.fm

Filed Under () by kroniquecurl on Sunday, August 23, 2009


Kumpulan Worm sempat ditemuramah oleh Dj-Dj yang bertugas.

Persembahan Live Dj-Dj Utara.fm

by kroniquecurl on Saturday, August 22, 2009


Sewaktu program 48 jam bersiaran tanpa henti di Hotel Marudu Inn baru-baru ini, penyampai-penyampai radio seperti Dj Kupang dan Dj Siiputt sempat membuat segmen menyanyikan lagu secara live. Para pendengar di chatroom kusnet diberi peluang untuk memilih lagu dan Dj-Dj serta crew akan menyanyikan secara live. Apa yang menariknya pada masa itu adalah, Pengerusi Gabungan NGO Sabah juga penasihat kepada kUSnet turut serta menyanyikan beberapa lagu secara live sebagai tanda sokongan. Tuan Sanguru ataupun Saudara Androd Sadian menyampaikan beberapa lagu beliau minati dengan iringan gitar akustik di awal pagi sungguh memukau. Apapun saya sebagai salah seorang ahli kusnet dan juga pendengar setia utara.fm merasa kagum dengan kesudian dan kerjasama dari pada beliau. Semoga beliau terus menerajui KUSnet dan membawa kusnet ke satu aras yang lebih tinggi daripada sekarang.

Pelancaran Program 48 jam bersama Dj-Dj utara.fm

by kroniquecurl


Setelah bertungkus-lumus mempersiapkan peralatan dan teknikal di tempat yang disediakan, akhirnya KRU dan juga DJ-DJ UtaraFM bersedia untuk Program 48 Jam Bersama DJ-DJ Utara.FM. Program tersebut telah dimulakan tepat jam 6.00 petang (14 Ogos 2009). Lebih kurang jam 6.30 petang pula, Tuan Sanguru, Penasihat KUSNET, yang juga Pengerusi Gabungan NGO Sabah melancarkan program tersebut secara rasminya. Semoga DJ-DJ UtaraFM dapat bertahan sepanjang program berkenaan.

Nazrey Raihan Di Gerai Ponet

by kroniquecurl


Berkat usaha beberapa ahli KUSNET, terutamanya Tuan Aldusuni, akhirnya impian membawa Nazrey Johani, bekas penyanyi utama Kumpulan Raihan akhirnya terlaksana. Rata-rata ahli yang sempat bersama-sama di Gerai Ponet pada masa itu menyatakan rasa syukur dengan kehadiran beliau. Bahkan ada juga ahli yang seperti tidak percaya melihat Nazrey di Gerai Ponet. Saudara Nazrey yang ditemankan oleh beberapa orang rakan sempat juga meluangkan masa beramah-mesra dengan beberapa ahli di bilik sembang (chatroom) serta pengunjung di gerai yang juga nampaknya terkejut dengan kehadiran beliau.